standard arr budak2 remaja,
gerenti punye,
byk yg kte nk buat, mesti parents tk kasi
bukan takat yg tak elok je yg dihalang, yg baek pown dihalang
ish...... geram aku
ehe3, biasala, smua org penah mcm nie an
nk aku share sumtin tak?? aku rase benda nie berguna bg anak2 yg degil2 yg keras kepala (mcm aku ;p)
tp alhamdulillah, aku da brubah
hoping perubahan nie akan smkin bertambah kpd yg lebih baek
so, kadg2 parents slalu halang kita an nk buat sumtin
dyorg slalu anggap mcm kita takley handle benda tue
sbenarnye kita bole
fenomena nie slalu berlaku kt budak2 skrg
mak ayah slalu halang benda yg kita boleh buat!!!
wahhaha!!! aku gelakkan diri sendri, sbb aku pown cmnie jugak
tp aku berfikir sejenak
btol ke benda2 yg kita kata kita boleh buat, kita memang boleh buat??
btol ke??
ok, 1st
cube cubit daging kita nie
daging siapa nie?? daging kita ke?? ataupun nie daging ibu kita??
hah!!! pandai pown, ofcoz itu daging ibu kita
kita diciptakan, membesar (asal diri kita) dalam rahim ibu kita
daripada darah daging ibu kita
so adakah kita lebih memahami diri kita dari ibu kita sendri??
adakah kita lebih memahami darah daging ibu kita sendri??
adakah kita lebih memahami diri kita sendri, sedangkan ibu kita yg terlebih dahulu mengenali diri kita
ibulah yg pertama2 kali yg mengajar kita bertutur,
yg mengajar kita berjalan
yg mengajar kita erti makna "IBU"
ibulah yg terlebih dahulu membolehkan kita berfikir yg baek buruk
kmudian kita sudah boleh bertutur, berjalan
dan boleh berfikir!!! dengan sewenang2nya kita mengakui, kita lebih memahami diri kita lebih dari ibu kita
dengan sewenang2nya kita membahas kembali apa yg dikatakan ibu
sewenang2nya kita memperbodohkan ibu kita dngn menipu ibu kita
wahai manusia!!! sungguh besar ancaman kepada anak yg derhaka!!
walaupun 'ah' tidak boleh dikatakan!!!
apakan lagi yg lebih trok
dalam dunia ini, hanya seorg sahaja manusia, makhluk Allah swt, hambaNya yg seakan2 kita dibolehkan sujud kepadanya
terimalah hakikatnya, iaitu IBU!!!
munkin sesuatu perkara, ibu larang kita walaupun kita fikir kita boleh buat, kita mampu tanggung!!
trimalah hakikatnya, Allah akan menyukarkan kamu dengan benda2 itu kerana keangkuhan, kesombongan, kederhakaan kamu trhdap ibu kamu, walaupun benda itu kamu fikir benda itu baek
jadi, apa yg ibu suruh, yg tidak mendatangkan kemurkaan Allah, ikut shaja
jgn merungut
kerana disitulah datangnya berkat
jadi apa sahaja yg dikatakan jangan, yg tidak membuatkan kamu berpaling dari Allah swt, maka ikutkan sahaja
jgn merungut
akur dengan seakur-akurnya
disitulah datangnya berkat!!!
nak tahu kenapa Allah swt sangat memuliakan ibu??!!
ofcoz yg 1st, apabila dua jasad hendak berpisah (bersalin), sgt perit
2nd, ofcoz ibu yg mengasuh, mjaga, mendidik kita, n so on....
3rd, ditapak kaki ibulah letaknya syurga bagi anak lelaki dan anak permpuan yg blum kahwin
jgn maen2
4th, 5th, 6th............ fikir2 lah sendri, sebab, basicly semua org tahu
tp byk org tak tahu ini
Allah swt sangat memuliakan ibu, supaya kita tahu asal usul kita
supaya kita tahu asal usul kita yg hakikatnya, iaitu dari Allah swt!!!
itulah kerana digelar rahim (tempat bayi membesar tue)!! bermaksud kasih sayang
rahim ataupun kasih sayang ini sebenarnya merujuk kepada Allah swt
kita sebenarnye hadir, wujud, hidup.......
kerana kasih sayang Allah yg Maha Besar, yg Maha Indah
indahnya kasih sayang Allah, pelbagai cara Allah tunjukkan kemulianNya kpada kita
so lepas nie jgn degil ckp ummie
jgn degil ckp abi@baba (ayah), sbb syurga ummie terletak pada baba
syurga kita terletak pada ummie
abdikanlah dirimu kpadaNya dengan seikhlas hati
walaupun dibenci oleh musuh2 Allah
aku nie pown bukannya baek sgt
aku dapat idea nie, sbb, byk buat salah pada ummie
byk derhaka pada ummie
marilah sama2 kita berdoa kita menjadi anak yg soleh yg diberkati Allah swt
yg diredhaiNya
doalah agar kita dipelihara
p/s: ejaan n tatabhasa ehem2 paham sendri la kalu salah ;p
Dec 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aku nak yang baru! blog ang bestt baca
Post a Comment