Nov 26, 2009

cinta teragung??

so siapa kah cinta teragung itu??
ehe3, ade org kate kisah cinta taj mahal
ade org ckp kisah romeo juliet
ade org ckp kisah cinta cleopatra
hak3
itu smua adalah pendapat evangelis barat sahaja
mereka lebih tertarik kepada materistik
so, aku tk heran, kalau ada org2 kita yg munkin termakan
yela, kita smua manusia serba kekurangan
byk buat salah, so takpela

ok2
kat sini kita nmpak smua kisah cinta itu berasaskan material
sbb konon2 hebat la,
smpai bole bina masjid yg indah cantik
demi cinta
ehe3
tp korunk pernah tk tahu
ada satu lg
yg slama nie kita tk sedar
satu cinta yg nampaknya materialistik
tp cinta itu teramat indah
itulah cinta yang TERAGUNG

kita berselawat keatas KEKASIH Allah swt
nmpak???!!!
itulah cinta yg teragung
cinta antara Pencipta dan juga Hambanya

korunk ingat dunia nie dijadikan utk kita ke??
ehe3
oho3, itulah yg slama nie kita berpendapat
yg slama ni aku juga ;p
pastu aku mendapat lagi pandangan dari Prof. Dr. Osman

beliau berkata
yg sebenarnya alam ini dijadikan adalah sebagai simbol cintaNya kepada Rasulullah saw
punyalah dasyat cinta agung ini
alam ini dijadikan, diciptakan hanya sebagai HADIAH kepada Rasulullah
cube pula kita byangkan bertapa besar, bertapa indahnya cinta agung yg sebenar itu
ye2,
tk terbayang bukan ;p
hak3
rilek arr
aku pown same

alam yg tersergam indah ini
diciptakan sebgai simbol cinta Allah swt kepda Rasulullah saw
punyalah dasyat
kalau2 nk dikirakan cinta agung ini dengan cinta konon2 cinta yg sejati korunk ada tue, setanding ke??
konon2 korunk ade bf atau gf yg memang baek gile
perfect dimata korunk
eheh, pastu korunk cinta diorg ngn cinta sejati, cinta abadi la konon

ingatlah, sabda Rasulullah saw menytakan, syaitan akan berputus asa terhadap kita tentang perkara2 yg besar, tetapi berpaling pula kepada perkara2 yg kecil
lihatlah
inilah antara perkara2 yg kecil itu
memang caple tk dikatakan haram
tetapi apabila kita berkasih sayang, bercinta kepada duniawi
kita akan pudarkan cinta kita kepada Allah swt
kita tidak lagi akan mengejar nikmat merasai cinta Allah swt itu

aku pernah terpesong
pernah membuat salah
pernah membuat kebrukan yg korunk sendri tk pernah jangka2 aku boleh buat
aku telah merasai apa yg korunk rasa

tidak salah untuk kita bercinta
kerana itu adlah lumrah manusia
tidak salah utk kita mencintai pasangan kita
tetapi cintailah pasangan kita yg diredhai Allah swt
kerana berkahwin itu sunnah

couple is not sumtin that Allah will redha on you
trust me
it will drag you away from Allah swt

so, couple2 nie kita stop dulu... sbb aku takowt i'll do the same as others did
apa yg aku nk crta nie adalah suatu crta
tentang Rasulullah saw

Rasulullah berjalan hendak pulang kerumah (tk silap aku la)
siku baginda berdarah sbb kan org2 musyrik attack baginda (baling batu tk silap)
aku aishhh, geram ngn dyorg
tp sabar2 jgn geram2
dgr dulu crta nie
kmudian ada seorg kanak2 nie berlari2 mendpatkn baginda (aku tk brapa igt nama beliau, tp janjinye budak nie antara yg rapat dngn Rasulullah)
kmudian budak tue hisap darah Rasulullah,
kmudian Rasulullah bertanya MENGAPA???
kmudian budak tu menjawab, saya mendengar khabar, jika setitik darahmu wahai Kekasih Allah jatuh ke bumi, maka punah, hancurlah bumi ini
tgk, tgk!!! bertapa cintanya Allah kepad Rasulullah,
smpaikn walaupun setitik darah Rasulullah jatuh ke bumi, Allah akan memberi pembalasan terus!! (hancur bumi nie kerana kemurkaan Allah swt terhadp mereka yg menyakiti KekasihNya)

pada masa yg sama
Allah telah mengarahkan malaikat2 bersedia untuk menterbalikkan gunung2 supaya hancur musnah org2 yg menyakiti baginda (memang dasyat waktu ketika itu kemurkaan Allah)
tetapi kerana kasihnya, cintanya Rasulullah kepda umat baginda
Rasulullah menghalang malaikat2 tersebut
kmudian berkata (lebih kurang mcm nie)
"jgn diapa2kan umatku walaupun mereka menyakitiku, kerana hari ini mereka menghalang, menentangku, munkin anak2 mereka pula akan mengikutiku, menyokongku"
lalu berfirmanlah Allah (lebih kurang begini)
"sesungguhnya benarlah engkau wahai Muhammad adlah kekasihKu"

apa yg dikatakan oleh Rasulullah benar2 terjadi,
kenal siapa ikramah?? dia adalah anak abu jahal tk silap aku
dia adalh penentang yg menjadi pembela Rasulullah =D

kita tgk sahajalah
bertapa tingginya akhlak Rasulullah saw
kalaulah kita, memang ada chance nk lenyapkan je org2 yg kita tk suke
so disini,
marilah kita sama2 mencontohi akhlak Rasulullah saw

aku menangis waktu ketika ini
aku rindu padaNya, kpada Rasulullah
aku harap aku dpt bertemu dengan Rasulullah sblum akhir nyawa aku

aku seorg hambaMU yg penuh kesalahan,
yg slalu menzalimi diriku
aku kini datang rujuk kembali kepadaMu
aku cuba mati dalam keadaan cinta padaMu dan KekasihMu

tidak layak diriku utk syurgaMu
namun tidak layak pula diriku menanggung siksa nerakaMu

sama2lah kita berdoa, dan berharap utk menikmati rasa nikmat cinta teragung yg sebenar =D

p/s: well of coz, ejaan dan tatabahsa harap maaf ;p

No comments: